eMARRIS FB

Kerajaan Negeri Sembilan melalui Pejabat Pegawai Kewangan Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan Kerja Undi Penyenggaraan Jalan Negeri dibawah Peruntukan MARRIS Fasa 2 Tahun 2020 secara Live Streaming sebagai mematuhi Arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Bagi mematuhi Arahan PKPP ini juga, pendaftaran kontraktor untuk menyertai proses undi ini akan dilaksanakan secara online melalui Sistem eMARRIS. Melalui Sistem eMARRIS ini, kontraktor hanya perlu melengkapkan borang serta memuatnaik dokumen-dokumen yang diperlukan secara online tanpa perlu hadir ke Pejabat JKR untuk mengemukakan dokumen yang berkaitan.

Syarat-syarat kelayakan kontraktor untuk menyertai proses undi ini adalah seperti berikut :

  1. Terbuka kepada kontraktor Kejuruteraan Awam kelas G1 (Kod Bidang : CE21) yang berdaftar di Negeri Sembilan sahaja
  2. Terbuka kepada kontraktor G1 yang masih belum mempunyai apa-apa projek sebutharga dibawah peruntukan Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2020 sahaja ; 
  3. Mana-mana kontraktor yang telah mendapat kerja melalui kerja-kerja undi terdahulu dibawah peruntukan kerajaan negeri tahun 2020 adalah tidak layak untuk menyertai kerja undi ini ;
  4. Mana-mana kontraktor yang telah berjaya mendapat kerja undi ini tidak layak untuk menyertai mana-mana proses perolehan G1 dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh siap kerja undi tersebut ;
  5. Kontraktor hendaklah berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) serta Sijil Taraf Bumiputera (STB) ;
  6. Mana-mana kontraktor yang menekan butang “HANTAR” dalam Sistem eMARRIS, adalah BERSETUJU DAN MENGAKU BAHAWA SEMUA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH BENAR. SEKIRANYA DIDAPATI MAKLUMAT YANG DIKEMUKAKAN ADALAH TIDAK BENAR, KONTRAKTOR TERSEBUT ADALAH DENGAN INI BERSETUJU SYARIKATNYA TIDAK LAYAK UNTUK DISENARAIKAN DAN TIDAK LAYAK MENDAPAT SEBARANG KERJA DALAM PROSES UNDI INI.

Keputusan proses undi adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN

 

Layari Laman Web eMARRIS untuk pendaftaran : 

http://aplikasi5.ns.gov.my/emarris/

 

 SENARAI PROJEK MENGIKUT AGENSI

 JABATAN KERJA RAYA  NEGERI SEMBILAN

1. JKR SEREMBAN

2. JKR KUALA PILAH

3. JKR PORT DICKSON

4. JKR JEMPOL

5. JKR TAMPIN

6. JKR JELEBU

7. JKR REMBAU

PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) 

1. SEREMBAN

2. KUALA PILAH

3. NILAI

4. JEMPOL

5. TAMPIN

6. JELEBU

PEJABAT DAERAH DAN TANAH (PDT)

1. SEREMBAN

2. KUALA PILAH

3. JELEBU

4. JEMPOL

5. REMBAU

6. TAMPIN

7. GEMAS

8. PORT DICKSON

 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS)

1. JPS NEGERI SEMBILAN

 

 SUMMARY KERJA UNDI SEMUA AGENSI

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda Tentang Laman WEB JKR N.SEMBILAN ?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
September 2020
A I S R K J S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3