IMG 0779

Majlis Penyerahan Jalan Baru Kok Foh – Kampung Sungai Kelai – Palong, Daerah Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus adalah merupakan salah satu projek Kementerian Pembangunan Luar Bandar KPLB yang diserahkan kepada JKR Negeri Sembilan untuk dilaksanakan, seterusnya JKR Daerah Jempol telah dilantik untuk menyelia projek ini.Pembinaan jalan baru ini sepanjang 10.075 Km dengan piawaian JKR R2 akan menjadi nadi kepada pembangunan ekonomi dan sosio ekonomi rakyat di Bahau, Felda Palong & Rompin. Impak secara langsung akan dapat dirasai dengan pembinaan jalan ini dimana pemanduan akan menjadi lebih lancar, selamat & mengurangkan kadar risiko kemalangan serta menjimatkan masa pemanduan di Laluan Kok Foh – Kg. Sungai Kelai dan Felda Palong. Selain itu kawasan jajaran yang akan dilalui ini merupakan jalan perhubungan dan alternatif terdekat bagi pihak keselamatan dan kecemasan ( Balai Polis Rompin & Klinik Kesihatan Felda Palong 12 & Rompin) untuk tiba segera ke Kampung Sg. Kelai Palong.

Kontraktor Kelas G7, AM RICH CONTRUCTION & DEVELOPMENT SDN BHD telah dilantik untuk menyiapkan projek ini dengan kos Keseluruhan Projek berjumlah RM 42,135,000.00 bermula daripada tarikh milik tapak pada 22 Januari 2018 dan berakhir pada 21 Januari 2020. Projek ini telah siap awal sebulan dari tarikh siap asal (seperti di dalam kontrak) iaitu pada 20 Disember 2019, syabas dan tahniah diucapakan kepada pihak kontraktor & pasukan projek JKR Daerah Jempol.   Projek ini melibatkan pembinaan:

SKOP PEMBINAAN AWAM

  1. Membina jalan baru sepanjang 10. 075 Km dengan piawaian JKR R2
  2. Kerja-kerja Tanah
  3. Kerja-kerja soil stabiliser (penstabilan tanah) menggunakan kaedah CIPR
  4. Kerja-kerja pembinaan Longkang & Pembentung
  5. Kerja-kerja penahan tebing “ hydroseeding”
  6. Kerja-kerja melebarkan jalan di Felda Palong 12 sepanjang 800m
  7. Kerja-kerja Geoteknik ( Soft Ground Improvement)
  8. Kerja-kerja lampu jalan & garisan jalan
  9. Kerja-kerja pengurusan trafik dan pengurusan alam sekitar
  10. Pengalihan Utiliti
  11. Pembinaan Pondok pengawal

 

Projek juga telah berjaya merealisasikan inisitif 15 dalam 1 iaitu:

  1. Perakuan Siap Kerja CPC
  2. Perakuan Akuan & Bayaran Muktamad
  3. Siap Awal Dari Tarikh Siap Asal
  4. Lukisan Siap Bina
  5. Siap Dalam Tempoh Kontrak
  6. Kemalangan Sifar
  7. Videografi
  8. Sifar Aduan
  9. Tiada Perubahan Kerja / VO
  10. Sifar NCP daripada Audit SIRIM
  11. Sifar NCP dalam audit SPB
  12. Tiada Lanjutan Masa EOT
  13. Pertambahan Skop Kerja Tanpa Pertambahan Siling
  14. Proses pengambilan tanah siap dalam tempoh 4 bulan
  15. Cofee Table Booklet
Apa Pendapat Anda Tentang Laman WEB JKR N.SEMBILAN ?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
September 2020
A I S R K J S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3