kastam

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir. Muhammad Azman bin Jamrus, Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Ibu Pejabat JKR Malaysia yang turut dihadiri oleh YBrs. Encik Hazim bin Jamaluddin, Setiausaha Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Pihak JKR telah menyerahkan projek tersebut kepada MOF dan seterusnya MOF pula menyerahkan kepada agensi pelanggan iaitu Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan dari Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Head of Project Team (HOPT), Head of Design Team (HODT), JKR Negeri Sembilan, JKR Daerah Seremban dan Kontraktor Utama iaitu Highwave Resources Sdn. Bhd.

Projek ini telah bermula pada 2 April 2018 dan telah disiapkan pada 27 Disember 2019 dengan harga kontrak berjumlah RM5,237,050.31 dan kos ini masih di bawah siling projek yang diluluskan sebanyak RM6,000,000.00.

Rekabentuk bangunan ini adalah secara Konvensional Dalaman iaitu dengan menggunakan kepakaran Arkitek dan Jurutera JKR sendiri. Konsep pembinaan bangunan ini telah direkabentuk mengambil kira pendekatan senibina yang minimal dari segi pemilihan material yang mudah selenggara seperti facing brick dan cement render di samping susunatur dan sirkulasi dalaman yang linear bagi memudahkan urusan pengoperasian. Beberapa pendekatan passive sustainabilty yang mudah turut diperkenalkan sebagai contoh penggunaan fixed louvers dan jack roof bagi tujuan pengudaraan dalaman secara semula jadi yang secara langsung dapat menjimatkan kos operasi dari segi penggunaan tenaga. Rekabentuk pengudaraan semulajadi ini juga memberi jaminan meminimumkan kerosakan barang-barang eksibit. Selain itu, tatacara pengendalian (keluar/masuk) terhadap barangan eksibit menjadi lebih efisyen dan teratur. Ruang penyimpanan juga turut mengambil kira pengasingan barangan rampasan seperti bahan mudah terbakar dan tidak mudah terbakar bagi mengelakkan kecelakaan serta memudahkan proses pelupusan.

Projek ini turut disiapkan dengan jayanya secara 3 dalam 1 iaitu:

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) telah diperakukan pada 27 Disember 2019;
  2. Penyiapan Penyata Akaun Muktamad (SOFA); dan
  3. Penyiapan As Built Drawing dan Operation & Maintenance Manual.­­

Semasa berlangsungnya majlis tersebut, YBhg. Datuk Pengarah Kanan CKBA 1 turut mencadangkan untuk menjadikan rekabentuk projek ini sebagai Lukisan Pre-Approved Plan (PAP) yang mana boleh digunakan untuk projek-projek baru stor rampasan yang akan datang seperti Projek Stor Rampasan Kastam di Kuching, Sarawak yang mana JKR baru sahaja menerima brif projek daripada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Cawangan Kerja Bangunan Am 1, HODT, JKR Negeri Sembilan, JKR Daerah Seremban selaku Pegawai Penguasa Projek, pihak Kontraktor Utama iaitu Highwave Resources Sdn. Bhd. dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek dapat disiapkan dengan jayanya

Apa Pendapat Anda Tentang Laman WEB JKR N.SEMBILAN ?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
Februari 2020
A I S R K J S
26 27 28 29 30 31 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29

TAG POPULAR

   Tender

   Sebutharga

   SPB

   JKKP

   Latihan Industri