TTTTPROGRAM

LAWATAN TAPAK DAN PECAH TANAH CADANGAN PEMBINAAN BARU KOMPLEKS PENTADBIRAN PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUALA PILAH YANG DISEMPURNAKAN OLEH 

YAB MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN,
DATO' SRI HJ AMINUDDIN BIN HARUN

Kompleks Pentadbiran Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Pilah ini adalah sebuah projek Kerajaan Negeri Sembilan yang bertujuan untuk menggantikan Kompleks Pentadbiran Pejabat Agama Islam Daerah yang lama bagi memenuhi keperluan umat Islam setempat yang semakin bertambah di sekitar Kuala Pilah

Kompleks ini akan berfungsi sebagai pusat untuk semua bagi segala hal yang berkaitan dengan hal ehwal Islam didalam Daerah Kuala Pilah. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan serta mengukuhkan lagi sistem penyampaian dan penawaran perkhidmatan hal ehwal Islam kepada rakyat Kuala Pilah.

Kompleks Pentadbiran Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Pilah yang telah dianugerahkan kepada kontraktor MZA Teguh Jaya (Kelas G5). Projek ini telahpun dimulakan pembinaannya pada 11hb. Mac 2020 lagi dan dijadualkan siap pada 13hb. Julai 2021 dengan kos pembinaan sebanyak RM 4,351,857.80.

Walaubagaimanapun, hanya kerja-kerja pembersihan sahaja yang sempat dijalankan sehinggalah semua kerja diberhentikan akibat Pendemik Covid-19 yang melanda. Justeru itu, majlis pecah tanah ini walaupun agak lewat sedikit tetapi masih lagi releven sebagai wadah dalam mempromosikan segala inisiatif pembangunan negeri kepada rakyat demi kemudahan rakyat.

Rekabentuk Kompleks Pentadbiran PAID Kuala Pilah ini yang mengetengahkan ciri-ciri masyarakat Negeri Sembilan dijangka bakal menjadi simbol syiar pengurusan hal ehwal Islam dalam Daerah Kuala Pilah yang mampan.

Skop pembinaan projek adalah melibatkan pembinaan;

i. 1 Blok Bangunan Pejabat 2 Tingkat,
ii. Pondok Pengawal,
iii. Rumah Sampah &
iv. Bangunan Sub Station TNB

Projek seumpama ini adalah merupakan salah satu daripada komitmen Kerajaan Negeri untuk menyediakan infrastruktur yang berkualiti kepada rakyat di Negeri Sembilan khususnya penduduk di Kuala Pilah. Lokasi projek yang amat strategik iaitu di laluan utama Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir (FT9) bersebelahan Kompleks Pentadbiran Kuala Pilah diyakini dapat membina kekuatan agensi Islam dengan berkolaborasi bersama agensi kerajaan yang lain dalam memartabatkan syiar Islam dalam Daerah Kuala Pilah dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan Akta Hal Ehwal Islam dengan lebih terperinci, tersusun dan berkesan.

Pembinaan Kompleks Pentadbiran PAID Kuala Pilah ini nanti diyakini akan dapat memperteguhkan ukhwah di kalangan umat Islam dan seterusnya menjadikan kompleks ini sebagai pusat pengembangan syiar Islam dari sudut pendidikan Islam, dakwah, perlaksanan Undang-Undang Keluarga Islam, penguatkuasaan Enakmen Jenayah Syariah, pembangunan ummah, kaunseling dan sebaginya.

JKRNS

Apa Pendapat Anda Tentang Laman WEB JKR N.SEMBILAN ?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

 

Julai 2020
A I S R K J S
28 29 30 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31 1