IMG 2266

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KERJA-KERJA MENYENGGARA JALAN SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI JALAN N167, N32, N25 DAERAH JELEBU DAN JALAN N13, N113 DAEARAH KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN YANG DISEMPURNAKAN OLEH YAB DATO’ SERI AMINUDDIN BIN HARUN, MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

Majlis Penyerahan Projek Kerja-Kerja Menyenggara Jalan Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan di Jalan N167, N32, N25 Daerah Jelebu dan Jalan N13, N113 Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang berlansung pada petang tadi telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan taklimat oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Sembilan, Ir Hj Masri Bin Baharuddin selaku pihak pelaksana projek.

Projek Kerja-Kerja Menyenggara Jalan Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan ini telah dianugerahkan kepada Syarikat Gemencheh Granite Sdn. Bhd., dimana kerja-kerja telah dimulakan pada 21 November 2019 dan siap sepenuhnya pada 21 Julai 2020 dengan kos kontrak sebanyak RM 18.2 juta dibawah peruntukan MARRIS. Kerja-kerja yang terlibat termasuklah kerja-kerja penurapan semula permukaan jalan, kerja-kerja longkang, kerja-kerja menyenggara guardrail, pembinaan tembok penahan dan pemasangan perabot jalan

Objektif utama Kerja-kerja menyenggara jalan negeri ini adalah bagi memberi kemudahan yang lebih baik dan berkualiti kepada rakyat ekoran keadaan permukaan jalan yang telah mengalami kerosakan akibat faktor masa dan pertambahan bilangan serta beban kenderaan. Projek ini telah memberi manafaat kepada pengguna jalan yang meliputi penduduk-penduduk sekitar Kampung Puom, Kampung Chennah & Kampung Lakai bagi Daerah Jelebu dan Kampung Dangi & Kampung Rengoh bagi daerah Kuala Pilah.

Penyeliaan dan pemantauan secara rapi serta berterusan oleh JKR Daerah Jelebu dan JKR Daerah Kuala Pilah selaku Wakil Pegawai Penguasa projek telah dilaksanakan agar setiap ringgit yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan dapat mendatangkan faedah kepada semua dan projek yang disiapkan boleh berfungsi dengan sempurna sebagaimana yang diharapkan oleh pihak pengguna, khususnya penduduk setempat.

Dengan siapnya projek penyenggaraan jalan ini, pemanduan akan menjadi lebih lancar, selamat dan dapat mengurangkan risiko kemalangan kepada pengguna jalanraya, disamping dapat memberikan kesan berganda terhadap pelbagai program pembangunan ekonomi dan sosio ekonomi penduduk setempat.

#BerjasaKepadaRakyat
#TogetherWeDeliver

Apa Pendapat Anda Tentang Laman WEB JKR N.SEMBILAN ?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

 

Ogos 2020
A I S R K J S
26 27 28 29 30 31 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31 1 2 3 4 5