115747860 2590588001256401 8052981955643686124 n

 

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN MASJID TERIANG, DAERAH JELEBU, NEGERI SEMBILAN YANG DISEMPURNAKAN OLEH YAB DATO’ SERI AMINUDDIN BIN HARUN, MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

Pada petang ini telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Masjid Teriang, Daerah Jelebu, Negeri Sembilan yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Memulakan majlis, Pengarah Kerja Raya Negeri Sembilan Ir. Hj. Masri Bin Baharuddin telah menyampaikan taklimat berkaitan projek ini. Masjid Teriang, Daerah Jelebu yang mempunyai kapasiti sehingga 350 orang Jemaah ini, telah mula dibina pada 19 September 2017 dan siap sepenuhnya pada 21 Mei 2020 dengan kos kontrak sebanyak RM1,962,484.00.

Masjid Teriang telah direkabentuk sepenuhnya menggunakan kepakaran secara dalaman (in-house) oleh Bahagian Arkitek dan Bahagian Bangunan JKR Negeri Sembilan.

Bagi merialisasikan pembinaan projek ini, pihak kontraktor bertaraf Bumiputera G4, ROLLA ENTERPRISE telah dipilih untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan melalui tender terbuka. Skop pembinaan projek ini adalah merangkumi :


➡Bangunan Masjid,
➡Blok sokongan (tandas, bilik pengurusan jenazah dn tempat wuduk)
➡Menara
➡Tempat letak kereta
➡Rumah pam, dan
➡Tangki septik.

Projek ini telah diselia rapi oleh Jurutera Daerah JKR Jelebu dan pasukannya, agar setiap ringgit yang dibelanjakan oleh kerajaan Negeri Sembilan dapat mendatangkan faedah kepada semua dan projek yang disiapkan boleh berfungsi dengan sempurna dalam tempoh yang telah ditetapkan, sebagaimana yang diharapkan oleh pihak pelanggan

Tempoh Tanggungan Kecacatan atau DLP bagi projek ini adalah selama satu tahun bermula dari 22 Mei 2020 sehingga 21 Mei 2021 bagi keseluruhan pembinaan. Sepanjang tempoh DLP, sebarang aduan berkaitan bolehlah dikemukakan terus kepada JKR Daerah Jelebu.

Semoga penyiapan projek ini dapat memberi manafaat kepada penduduk sekitar untuk diimarahkan dengan program-program berbentuk ibadah, ilmu dan pembangunan sahsiah Islam.

#BerjasaKepadaRakyat
#TogetherWeDeliver

Apa Pendapat Anda Tentang Laman WEB JKR N.SEMBILAN ?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

 

Ogos 2020
A I S R K J S
26 27 28 29 30 31 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31 1 2 3 4 5