WhatsApp Image 2021 08 05 at 12.22.54 PM

 

KERJA UNDI PENYENGGARAAN JALAN DI BAWAH PERUNTUKAN MARRIS NEGERI SEMBILAN FASA 2 TAHUN 2021 SECARA LIVE STREAMING

Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri (MARRIS), Negeri Sembilan Bil.2/2021 yang bersidang pada 25 Jun 2021 telah meluluskan sebanyak 343 kerja undi penyenggaraan jalan di Negeri Sembilan dengan peruntukan sebanyak RM38,399,350.00. Anggaran kos bagi setiap satu projek yang diluluskan ini adalah antara RM80,000.00 sehingga RM100,000.00.

Kerajaan Negeri Sembilan melalui Pejabat Pegawai Kewangan Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan Kerja Undi Penyenggaraan Jalan Negeri di bawah Peruntukan MARRIS Fasa 2 Tahun 2021 secara Live Streaming sebagai mematuhi Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagi mematuhi Arahan PKP ini juga, pendaftaran kontraktor untuk menyertai proses undi ini akan dilaksanakan secara online melalui Sistem eMARRIS. Melalui Sistem eMARRIS ini, kontraktor hanya perlu melengkapkan borang serta memuatnaik dokumen-dokumen terkini yang diperlukan secara online tanpa perlu hadir ke Pejabat Agensi Berkenaan untuk mengemukakan dokumen yang berkaitan.

Syarat-syarat kelayakan kontraktor untuk menyertai proses undi ini adalah seperti berikut :

(i) Terbuka kepada kontraktor Kejuruteraan Awam kelas G1 (Kod Bidang : CE21) yang berdaftar di Negeri Sembilan sahaja ; 

(ii) Terbuka kepada kontraktor G1 yang masih belum mempunyai apa-apa projek sebutharga di bawah peruntukan Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2021 sahaja ; 

(iii) Mana-mana kontraktor yang belum mendapat kerja melalui kerja-kerja undi MARRIS di bawah peruntukan Kerajaan Negeri pada tahun 2021 adalah layak untuk menyertai kerja undi ini ;

(iv) Mana-mana kontraktor yang telah berjaya mendapat kerja undi ini tidak layak untuk menyertai mana-mana proses perolehan G1 dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh siap kerja undi tersebut ;

(v) Kontraktor hendaklah berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) serta Sijil Taraf Bumiputera (STB) ;

(vi) Mana-mana kontraktor yang menekan butang “HANTAR” dalam Sistem eMARRIS, adalah BERSETUJU DAN MENGAKU BAHAWA SEMUA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH BENAR. SEKIRANYA DIDAPATI MAKLUMAT YANG DIKEMUKAKAN ADALAH TIDAK BENAR, KONTRAKTOR TERSEBUT ADALAH DENGAN INI BERSETUJU SYARIKATNYA TIDAK LAYAK UNTUK DISENARAIKAN DAN TIDAK LAYAK MENDAPAT SEBARANG KERJA DALAM PROSES UNDI INI.

Keputusan proses undi adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN

 

PAUTAN SISTEM eMARRIS : https://aplikasi2.ns.gov.my/emarris/

 

KLIK UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BERKAITAN :

SENARAI KONTRAKTOR YANG BERJAYA DALAM CABUTAN KERJA UNDI 

 

KLIK UNTUK MENGETAHUI SENARAI PROJEK MENGIKUT DAERAH

1. DAERAH SEREMBAN 

2. DAERAH PORT DICKSON

3. DAERAH JELEBU 

4. DAERAH JEMPOL

5. DAERAH KUALA PILAH 

6. DAERAH TAMPIN 

7. DAERAH REMBAU 

 

 

   PAUTAN PANTAS
  My Goverment
   Data Terbuka
 
 CREaTE JKR
   Email 1Govuc
   eKursus SUKN9
   HRMIS
   PAP Architect

 

September 2023
S M T W T F S
27 28 29 30 31 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30