106511441 2578603219121546 7586091503927909886 o

PEMASANGAN ‘BAILEY BRIDGE’ DI LALUAN PERSEKUTUAN FT009, SEKSYEN 23.6, JALAN TAMPIN - KUALA PILAH LAWATAN TAPAK

YAB DATO’ SERI AMINUDDIN BIN HARUN MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Laluan Persekutuan FT009, Seksyen 23.6, Jalan Tampin - Kuala Pilah telah ditutup untuk semua jenis kenderaan pada 2 Julai 2020 dan dijangka dibuka semula pada jumaat ini (10 Julai 2020).

Penutupan jalan adalah disebabkan oleh kerosakan struktur jambatan jenis ‘buckle plate with masonry abutment’ di Seksyen 23.6 yang dibina pada tahun 1950an dimana membahayakan keselamatan pengguna jalanraya.

Pengguna jalanraya boleh menggunakan 2 laluan alternatif seperti berikut :

Laluan Alternatif (1) dari Tampin akan melalui Laluan N14 (Persimpangan Inas) - Laluan N123 (Inas - Senaling) - Laluan N24 dan masuk semula FT009 (Persimpangan Pekan Senaling) untuk ke Kuala Pilah.

Laluan alternatif (2) dari Kuala Pilah akan melalui laluan N22 (Senaling - Kepis) - Laluan N17 (Bahau - Dangi) dan masuk semula ke persimpangan FT009, Johol untuk ke Tampin.

Mengikut data cerapan lalu lintas di stesen banci NR 203 tahun 2019, laluan FT009 mempunyai isipadu trafik iaitu sebanyak 5,036 kenderaan / 16 jam dengan Level Of Service A.

Sebagai langkah kecemasan, pihak Pasukan ‘Bailey Bridge’ JKR Kuala Pilah dengan semangat kerjasama beberapa pasukan JKR daerah lain (seperti JKR Temerloh, JKR Petaling, JKR Mekanikal Pahang serta Selia Senggara Selatan Sdn. Bhd.) telah memulakan kerja-kerja pemasangan jambatan bailey bermula pada Selasa (7 Julai 2020). Pemasangan jambatan bailey telah berjaya disiapkan pada hari ini, Rabu (08 Julai 2020) selepas menempuh waktu kerja sebenar (working hour) selama 13 jam dengan kekuatan seramai 30 orang pekerja.

Walaubagaimanpun, Laluan Persekutuan FT009, Seksyen 23.6, Jalan Tampin - Kuala Pilah dijangka hanya akan dibuka semula pada jumaat ini (10 Julai 2020) setelah kerja-kerja berkaitan seperti pembinaan approach jambatan, turapan dan ujian selesai dijalankan.

Panjang jambatan yang dipasang adalah mengikut kesesuaian dan keperluan di tapak iaitu sepanjang 18 meter melintasi anak sungai di atas laluan sediada. Panjang maksimum jambatan bailey yang boleh dipasang pada satu-satu masa ialah 140 kaki (42.672 meter) berdasarkan stok yang ada.

Jambatan bailey yang dipasang adalah dari jenis Mabey Compact 200 yang baru sahaja dibeli oleh Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus pada tahun 2019 dengan kos sebanyak RM3.58 juta dan disimpan di Stor Juasseh JKR Kuala Pilah.

Pihak Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus berharap agar Kerajaan Pusat dapat menyegerakan penggantian jambatan atau culvert baru demi kesejahteraan rakyat terutamanya di daerah Kuala Pilah dan Negeri Sembilan amnya.

Apa Pendapat Anda Tentang Laman WEB JKR N.SEMBILAN ?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
September 2020
S M T W T F S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3