MAJLIS PENYERAHAN KUNCI 6 UNIT VAN (KAUNTER CUKAI BERGERAK) KEPADA PEJABAT DAERAH DAN TANAH NEGERI SEMBILAN
Perolehan kaunter cukai bergerak ini adalah satu usaha Kerajaan Negeri Sembilan dalam mempertingkatkan sistem penyampaian dan perkhidmatan kepada rakyat.
Dengan adanya kaunter cukai bergerak ini, diharap akan menjadi platform kepada Pejabat Daerah Dan Tanah untuk memudahkan urusan percukaian tanpa perlu hadir ke pejabat. Pejabat-pejabat yang akan menerima kenderaan ini adalah Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol, Pejabat Daerah dan Tanah Rembau, Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah, Pejabat Daerah dan Tanah Tampin serta Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas.