JKR Negeri Sembilan memainkan peranan yang sangat besar dalam pembangunan negara termasuk merancang, merekabentuk dan membina projek infrastruktur prasarana kemudahan awam. JKR Negeri Sembilan menyediakan perkhidmatan perundingan teknikal, perkhidmatan pengurusan projek dan perkhidmatan pengurusan penyenggaraan yang mana menyokong kepada sektor pembinaan dan pembangunan negara khususnya kerja-kerja infrastruktur.