UCAPAN TAHUN BAHARU 2017
DARIPADA PENGARAH JKR NEGERI SEMBILAN.

jkrns2016

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Alhamdulillah kita telah dapat mengharungi cabaran-cabaran dalam tahun 2016 dengan jayanya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada semua yang telah terlibat samada secara langsung ataupun tidak dalam merealisasikan apa yang telah kita rancang dalam tahun 2016.

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2017 yang sudah tentu akan lebih mencabar lagi. Tahun 2017 adalah merupakan tahun kedua dalam Rancangan Malaysia ke-11, oleh itu kita perlulah berusaha dengan lebih gigih kearah menjayakan projek-projek yang telah diluluskan demi mencapai hasrat kerajaan melalui rancangan lima tahun tersebut. Adalah diharapkan kepada semua agar kita dapat menggandakan usaha supaya segala kecemerlangan yang kita telah perolehi dalam tahun-tahun yang lalu dapat dipertingkatkan lagi kecemerlangannya dalam tahun 2017. Disamping itu segala kelemahan yang telah dikenalpasti dalam tahun 2016 akan cuba kita atasi bersama ke arah matlamat yang sama.

Saya yakin dengan adanya komitmen yang berterusan daripada semua pihak, kejayaan akan sentiasa menjadi milik kita.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

HAKCIPTA TERPELIHARA 2017 @ BAHAGIAN PENGURUSAN KORPORAT, JABATAN KERJA RAYA NEGERI SEMBILAN.

Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan, Tingkat 2, Blok A, Wisma Negeri, 70990 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia Tel:06-765 9600 | Fax:06-763 5644 | Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN RESOLUSI 1024 x 768, IE VERSI 11.0 DAN KE ATAS ATAU MOZILLA FIREFOX VERSI 16.0 KE ATAS ATAU GOOGLE CHROME

chrome

my government1malaysiamampuesolat jakimmsc

Mobile Apps mobileAppsAduanKKR  
Ke Atas