Kami mengalu-alukan sebarang maklumbalas daripada anda sebagai pengunjung laman web Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan. Kami boleh dihubungi melalui alamat, nombor telefon, faks dan emel berikut:

Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan,

Blok A, Tingkat 2, Wisma Negeri,

Jalan Dato' Abdul Kader,

70990 Seremban,

Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tel    : 06 - 765 9600

Faks  : 06 - 763 5644

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Anda juga boleh menghubungi kami melalui borang maklumbalas di laman web ini [Sila Klik].

FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ)

1. Apakah yang dimaksudkan JKR Negeri Sembilan?

JKR ialah singkatan daripada Jabatan Kerja Raya. JKR Negeri Sembilan adalah sebuah jabatan negeri di bawah Jabatan Kerja Raya Malaysia yang mana merupakan salah satu agensi dalam Kementerian Kerja Raya Malaysia. Sebagai sebuah agensi pelaksana dan penasihat teknikal kepada kerajaan negeri dan persekutuan, JKR Negeri Sembilan bertanggungjawab dalam pembangunan prasarana kemudahan awam untuk kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan keseluruhannya. Untuk merealisasikan hasrat kerajaan yang mulia ini, JKR telah ditempatkan di setiap negeri dan daerah di samping dapat mengeratkan lagi hubungan kerajaan dengan rakyat.

 


2. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKR Negeri Sembilan?

JKR Negeri Sembilan memainkan peranan yang sangat besar dalam pembangunan negara termasuk merancang, merekabentuk dan membina projek infrastruktur prasarana kemudahan awam. JKR Negeri Sembilan menyediakan perkhidmatan perundingan teknikal, perkhidmatan pengurusan projek dan perkhidmatan pengurusan penyenggaraan yang mana menyokong kepada sektor pembinaan dan pembangunan negara khususnya kerja-kerja infrastruktur.


3. Bolehkah saya memohon untuk menjadi kakitangan JKR Negeri Sembilan?

Sudah tentu boleh! Pegawai dan Kakitangan JKR khasnya JKR Negeri Sembilan adalah terdiri daripada kakitangan negeri dan persekutuan. Oleh itu anda boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia secara online bila ada tawaran yang dikeluarkan oleh kerajaan melalui akhbar-akhbar utama.


4. Bagaimana jika saya ingin menghubungi kakitangan JKR Negeri Sembilan?

Anda boleh menggunakan Aplikasi Direktori Pegawai Kanan JKR Negeri Sembilan bagi menghubungi kakitangan di seluruh Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan termasuk di JKR Cawangan dan Daerah.

5. Bagaimana untuk menghubungi JKR Negeri Sembilan?

Alamat dan nombor telefon JKR Negeri Sembilan adalah seperti di bawah:

Pengarah
Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan,
Blok A, Tingkat 2, Wisma Negeri,
Jalan Dato' Abdul Kader, 70990 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
 
Tel    : 06 - 765 9315
Faks  : 06 - 763 5644/ 06 - 765 9681
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

6. Bagaimana untuk sampai ke ibu pejabat JKR Negeri Sembilan?

Peta lokasi JKR Negeri Sembilan boleh dirujuk dengan menggunakan kemudahan Google Map di Lokasi Pejabat Muka Utama Laman Web JKR NS di mana perjalanan ke destinasi tersebut akan menjadi lebih mudah.

 

 

7. Adalah JKR NS membuat Penilaian Kenderaan dan dokumen dan juga prosedur untuk mendapatkan sijil penilaian kenderaan bagi pembelian kenderaan terpakai.

 

 Ya, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKRNS ada membuat Penilaian kenderaan mengikut keadaan dan menilai harga semasa kenderaan tersebut . Penilaian kenderaan mengikut keperluan organisasi/individu seperti berikut:

 


1) Penilaian untuk pinjaman (pinjaman kerajaan sahaja dan kereta terpakai) JKR mekanikal akan mengeluarkan sijil.
2) Muflis (JKR akan mengeluarkan surat)
3) Kenderaan yang telah disita (JKR akan mengeluarkan surat)

Untuk Maklumat dan keterangan lanjut sila berhubung dengan Pegawai seperti dibawah:

Jurutera Mekanikal
06 - 6317401
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR NS

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA 2017 @ BAHAGIAN PENGURUSAN KORPORAT, JABATAN KERJA RAYA NEGERI SEMBILAN.

Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan, Tingkat 2, Blok A, Wisma Negeri, 70990 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia Tel:06-765 9600 | Fax:06-763 5644 | Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN RESOLUSI 1024 x 768, IE VERSI 11.0 DAN KE ATAS ATAU MOZILLA FIREFOX VERSI 16.0 KE ATAS ATAU GOOGLE CHROME

chrome

my government1malaysiamampuesolat jakimmsc

Mobile Apps mobileAppsAduanKKR  
Ke Atas