IMG 9062

 

Majlis Penyerahan dan Pengistiharan Masjid Baharu Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Abdul Karim Bin Mohd Tahir, Pengarah JKR Negeri Sembilan kepada YBhg. Tuan Mohd Zaidi Bin Ramli, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dengan disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Aminuddin Bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan. Projek Pembinaan Masjid Baharu Senaling Kuala Pilah ini mempunyai kapasiti sehingga 900 orang Jemaah, telah mula dibina pada 25hb. September 2017 dan siap sepenuhnya pada 12hb. April 2019 dengan kos pembinaan sebanyak RM 3,198,385.00. Projek ini telah disiapkan lebih awal berbanding tarikh siap sepatutnya (berdasarkan kontrak) iaitu pada 03hb. Mei 2019. Tujuan projek adalah bagi mewujudkan persekitaran rumah ibadat bagi umat islam di sekitar Kampung Senaling dan kampung di sekitarnya yang kondusif dan selesa seterusnya menjadi pusat utama aktiviti masyarakat Islam.

Bagi Merealisasikan pembinaan projek ini pihak Kontraktor bertaraf Bumiputera Kelas G5, MIJAZ (M) SDN BHD. telah dipilih untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan melalui tender terbuka. Projek pembinaan ini merangkumi skop binaan

1. Jalan masuk/keluar,

2. Bangunan masjid,

3. Tandas,

4. Wuduk,

5. Bilik jenazah,

6. TNB compact sub,

7. Tempat letak kereta,

8. Rumah pam

9. Tangki sedut.

Untuk makluman pihak tuan dan hadirin yang hadir pada petang ini. Projek juga telah berjaya merealisasikan inisitif 6 dalam 1 iaitu:

1 Perakuan Siap Kerja (CPC : 12 April 2019)

2. Siap Awal ( Awal 21 Hari)

3. Tiada Kemalangan d Tapak

4. Tiada Aduan

5. Surat Penghargaan Ahli Parlimen & Dari Yang Teramat Mulia Undang Luak Johol

6. Cofee Table Booklet

Pembinaan masjid adalah merupakan touch point kepada rakyat ini amat diberi penekanan dan perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri dalam usaha untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur di seluruh Negeri Sembilan serta menyediakan kemudahan dan merupakan satu keperluan asas umat Islam untuk beribadah dalam keadaan selesa dan khusyuk. Masjid juga mempunyai potensi yang tersendiri bagi mendukung peranan institusi agama ini dalam konteks menyatupadukan ummah

Apa Pendapat Anda Tentang Laman WEB JKR N.SEMBILAN ?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
October 2019
A I S R K J S
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2

TAG POPULAR

 

 

  • JKKP
  • 1
  • LESTARI

Untitled  

 

         my gov 2 data terbuka 2 

    Sislatihan 2 EBencana

     1govuc 2 spb 3

    JKR Care 2  li1

     ar8hrmis