IMG 9597

Majlis Penyerahan Projek Pemuliharaan dan Naik Taraf Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Abdul Karim Bin Mohd Tahir, Pengarah JKR Negeri Sembilan kepada YBhg. Datuk Isham Bin Ishak Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan seterusnya akan diserahkan kepada YBrs. Tuan Masri bin Razali Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Pengurusan) untuk beroperasi sepenuhnya. Projek Pemuliharaan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini telah dilaksanakan oleh pihak kontraktor NTQT SDN BHD dengan kos kontrak bernilai RM 4,715,940.00. Pembinaan bangunan ini mengambil masa selama 28 bulan pembinaan dan tarikh masuk tapak bagi kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada 22 November 2016 Projek pemuliharaan ini siap dibina dan mendapat Perakuan Siap Kerja Projek (CPC) pada 22 Mac 2019.

Projek pemuliharaan ini diharap akan memberi impaknya tersendiri kepada warga Negeri Sembilan agar seni bina dan sejarahnya yang ada pada bangunan ini mampu disampaikan pada hayat dan generasi seterusnya. Sesungguhnya di samping dapat memberikan keselesaan kepada para pengunujung ke Muzium ini, Ianya juga diharapkan dapat menarik pengunjung lebih ramai datang melawat ke Muzium Istana Seri Menanti. Projek Pemuliharaan Dan Naik Taraf Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini merupakan inisiatif kerajaan melalui Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, JKR dan Agensi Kerajaan lain yang terlibat sama dalam memulihkan Muzium Istana Lama Seri Menanti. Menerusi kerjasama ini, Istana yang penuh dengan keunikan dan keindahan ini, yang juga digelar ikon Diraja Negeri Sembilan kembali tersergam indah dimana kerja-kerja pemulihan yang dilaksanakan telah mengembalikan semula nilai – nilai sejarah serta senibina yang sentiasa sebati dengan rakyat di Negeri Sembilan ini.

IMG 9600

Apa Pendapat Anda Tentang Laman WEB JKR N.SEMBILAN ?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
November 2019
A I S R K J S
27 28 29 30 31 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30

TAG POPULAR

 

 

  • JKKP
  • 1
  • LESTARI

Untitled  

 

         my gov 2 data terbuka 2 

    Sislatihan 2 EBencana

     1govuc 2 spb 3

    JKR Care 2  li1

     ar8hrmis