WhatsApp Image 2017 12 14 at 10.51.15 PM                                     

SEREMBAN, 14 DISEMBER 2017Sesi Town Hall YBhg. Dato’ Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan bersama kakitangan sokongan teknikal telah diadakan di Dewan Theatrette, Wisma Negeri pada 14 Disember 2017. Sesi ini telah dihadiri seramai 185 orang pegawai – pegawai kumpulan sokongan Gred JA29, JA36 dan JA38 daripada semua Cawangan, Bahagian dan Daerah di JKR Negeri Sembilan.

Pendekatan ini diambil oleh Ibu Pejabat JKR Negeri Sembilan sebagai salah satu usaha untuk mewujudkan komunikasi dua hala antara pegawai kumpulan sokongan dengan pengurusan tertinggi JKRNS. 

 1

        Sesi tersebut telah dimulakan dengan slot perkongsian integriti oleh Penolong Pegawai Integriti JKR Negeri Sembilan iaitu Ir. Mohd Azlan bin Othman dan setelah selesai slot tersebut majlis diteruskan dengan sesi Town Hall. JKR Negeri Sembilan telah memperkenalkan penggunaan medium perantara baharu dan memanfaatkan penggunaan internet iaitu menggunakan platform slido.com untuk para peserta menanyakan soalan, memberi pandangan atau memberi cadangan sepanjang majlis berlangsung. Majlis berakhir dengan sesi makan tengah hari para peserta bersama YBhg. Dato Pengarah.

2

3

4