IMG 6028

SEREMBAN 21 Julai 2018 – Lawatan Kerja dan Majlis Penyerahan bagi Projek Pembinaan Semula Dan Menaiktaraf Sekolah Menggunakan Kaedah IBS Di Semenanjung Malaysia (Fasa 1) Tahun 2018 Bagi Negeri Sembilan : Pakej 1 – Seremban/Jelebu di Sekolah Kebangsaan Sikamat Seremban. Replika kunci bangunan ini telah diserahkan oleh YBhg. Dato’ Abdul Karim bin Mohd Tahir, Pengarah JKR Negeri Sembilan kepada Pn Maznah Binti Abu Bakar Timbalan Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dengan disaksikan oleh YB Tuan Haji Mohamad Taufek Bin Abd Ghani Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia Dan Sukan bersama isteri Menteri Besar Negeri Sembilan yang mewakili YAB  Tuan Hj. Aminuddin Bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Replika kunci tersebut kemudianya diserahkan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sikamat, Mohd Fadli Bin Abdul Majid.

 

IMG 6078

 

Projek ini telah disiapkan oleh Kontraktor MYA CONSTRUCTION SDN. BHD pada 28 JUN 2018 dengan kos berjumlah RM 1,545,161.74 merangkumi pembinaan 1 blok bangunan sekolah 6 bilik darjah dan 2 blok tandas

Penyiapan projek ini adalah merupakan satu lagi kesinambungan pencapaian pembangunan projek-projek di JKR Negeri Sembilan  dalam usaha untuk menyediakan keperluan infrastruktur kepada Kementerian Pendididkan. Penyiapan projek ini juga telah memberikan impak yang amat baik dimana sesi pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dalam suasana bilik darjah yang selesa.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak JKR Seremban   dan pasukannya selaku Pasukan Penyeliaan Projek bagi projek ini kerana dapat menyiapkan projek dengan jayanya. Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada pihak HOPT iaitu Bahagian Bangunan JKRNS dan semua HODT Pakar JKRNS yang terlibat dalam menjayakan projek ini bermula dari peringkat perancangan sehinggalah ianya dapat diserahkan.

 MG 5946 MG 5980