Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK IBU PEJABAT POLIS DAERAH NILAI, NEGERI SEMBILAN telah diadakan pada 19 November 2020 (Rabu) pada jam 9.30 pagi bertempat di Bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan.

Majlis penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran Ketua Polis Daerah Nilai, wakil dari Jabatan  Logistik dan Teknologi, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia dan pegawai-pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia serta pihak JKR.

Projek Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai ini merupakan salah satu projek Kerajaan Persekutuan di mana pembiayaan projek ini diturunkan melalui Kementerian Dalam Negeri Malaysia. Perolehan bagi projek ini dilaksanakan secara Tender Terbuka dengan kaedah Konvensional Perunding. Pengurus Program adalah Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan (CKS) manakala Pegawai Penguasa Projek adalah Pengarah JKR Negeri Sembilan. Projek diselia dan dikawal oleh Pasukan Projek Persekutuan Negeri, JKR Negeri Sembilan diketuai oleh Ir. Roslan bin Ibrahim.

Kontraktor G7 yang bertanggung jawab melaksanakan projek ini adalah Seri Jaya Perkasa Sdn. Bhd. dengan kos kontrak semasa sebanyak RM74,873,586.55. Tarikh milik tapak bagi projek ini ialah pada 19 Disember 2016 dan kerja-kerja mengikut syarat-syarat kontrak telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada 14 Oktober 2020.

Projek ini merangkumi;

  1. Blok Pentadbiran
  2. Blok Lokap
  3. Balai Polis Kategori A
  4. Garaj Kenderaan Berpasukan
  5. Bengkel Kenderaan
  6. Lapang Sasar Tertutup
  7. Stor Peluru
  8. Stor Barang Kes
  9. Kuarters Kelas F
  10. Surau
  11. Dewan Serbaguna
  12. Pondok Pengawal
  13. Menara Tangki Simpanan Air dan
  14. Rumah Sampah

Projek ini turut disiapkan dengan jayanya secara 5 dalam 1 meliputi;

  1. Perakuan Siap Kerja
  2. Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
  • Lukisan Siap Bina
  1. Kemalangan Sifar dan
  2. Coffee Table Booklet

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek Persekutuan Negeri, JKR Negeri Sembilan, Wakil Pegawai Penguasa Pakar (WPP Pakar), Cawangan Kerja Keselamatan selaku Pengurus Program, barisan pakar HODT JKR, Kontraktor Utama Seri Jaya Perkasa Sdn. Bhd., Perunding Sobri Architects, Perunding Ukur Bahan KA Associates, Perunding C&S, Uniti Consultant Sdn. Bhd., Perunding Mekanikal Perunding KMN Sdn. Bhd. dan Perunding Elektrikal Two H Consult, Sub-kontraktor serta semua pihak dan agensi yang terlibat secara langsung dalam penyiapan projek ini.

Apa Pendapat Anda Tentang Laman WEB JKR N.SEMBILAN ?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
Februari 2021
A I S R K J S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 1 2 3 4 5 6