RSK 6

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK RUMAH SERI KENANGAN SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN telah diadakan pada 25 November 2020 (Rabu) pada jam 9.45 pagi bertempat di Dewan Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Putrajaya

Majlis yang penuh bermakna ini dihadiri oleh YBrs. Sr. Izhar bin Idrus, Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 1, JKR Malaysia dan penyerahan projek telah dilaksanakan oleh YBrs. Ir. Roslan bin Mohd Salleh, Pengarah Kerja Raya Negeri Sembilan selaku Pegawai Penguasa kepada YBrs En. Mohd Yusri bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Majlis penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran, YBrs. En Zulkifli bin Ismail, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia, YBrs. En Mohd Hanafee bin A. Rahman, Setiausaha Bahagian KPWKM, YBrs. Puan Rosnah binti Sardi, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyrakat Negeri Sembilan dan pegawai-pegawai daripada KPWKM serta JKR.

Projek Rumah Seri Kenangan Seremban, Negeri Sembilan ini merupakan salah satu projek Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang dilaksanakan secara tender terbuka dengan kaedah konvensional dalaman. Pengurus Program projek ini adalah Cawangan Kerja Bangunan Am 1 manakala Pegawai Penguasa projek adalah Pengarah JKR Negeri Sembilan. Projek telah diselia dan dikawal oleh Pasukan Projek Persekutuan Negeri, JKR Negeri Sembilan yang diketuai oleh Pengurus Besar Kanan Pembinaan, Ir. Roslan bin Ibrahim bersama WPP Pakar dari Ibu Pejabat JKR Negeri Sembilan.

Kontraktor G7 yang bertanggung jawab melaksanakan projek ini adalah Pembinaan Bukit Timah Sdn Bhd dengan kos kontrak semasa sebanyak RM 35,106,347.29. Tarikh milik tapak bagi projek ini ialah pada 27 Februari 2017 dan kerja-kerja mengikut syarat-syarat kontrak telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada 19 Oktober 2020.

Projek ini merangkumi;

  1. Blok Pentadbiran dan Klinik;
  2. Asrama Kluster;
  3. Asrama Bedridden;
  4. Surau;
  5. Dewan Makan;
  6. Rumah Mayat;
  7. Blok Dobi;
  8. Setor Makanan Kering;
  9. Rumah Pam dan Rumah Pam Mekanikal;
  10. Menara Tangki Simpanan Air;
  11. Garaj Kenderaan;
  12. Pondok Pengawal;
  13. Kuarters Blok D Banglo; dan
  14. Kuarters Kelas E&G

Projek ini turut disiapkan dengan jayanya secara 5 dalam 1 meliputi;

  1. Perakuan Siap Kerja
  2. Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
  3. Lukisan Siap Bina
  4. Kemalangan Sifar dan
  5. Penyediaan Coffee Table Booklet

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek Persekutuan Negeri, JKR Negeri Sembilan, Wakil Pegawai Penguasa Pakar (WPP Pakar), Cawangan Kerja Bangunan Am 1 selaku Pengurus Program, barisan pakar HODT JKR, Kontraktor Utama Pembinaan Bukit Timah Sdn. Bhd., Sub-kontraktor serta semua pihak dan agensi yang terlibat secara langsung dalam penyiapan projek ini.

 

 

Apa Pendapat Anda Tentang Laman WEB JKR N.SEMBILAN ?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
Februari 2021
A I S R K J S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 1 2 3 4 5 6