PENYERAHAN PROJEK SIAP KLINIK KESIHATAN (JENIS 5) LENGGENG, DAERAH SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
4 Oktober 2022 (Sabtu) – Penyerahan Projek Siap Klinik Kesihatan (Jenis 5) Lenggeng, Daerah Seremban, Negeri Sembilan dari Jabatan Kerja Raya Malaysia kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah diadakan di perkarangan Klinik Kesihatan (Jenis 5) Lenggeng, Lenggeng, Negeri Sembilan dengan disaksikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar.
Projek yang mengaplikasi rekabentuk Pre-Approved Plan (PAP) JKR telah siap sepenuhnya pada 22 April 2022 dan telah diserahkan kepada pihak KKM secara 3 dalam 1 iaitu Lukisan Siap Bina, Manual Operasi & Penyelenggaraan serta Sijil Perakuan Siap Kerja.
Turut serta hadir adalah Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Harjeet Singh, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Jabatan Kerja Raya, Ir. Rahmat Bin Hj. Abd. Rahman, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Noor Hisham Bin Abdullah dan Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Jabatan Kerja Raya, Dato' Ar. IDr. Azman Bin Md. Hashim.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Pasukan Projek JKR Daerah Seremban, kontraktor dan semua pihak yang terlibat di atas komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan penyempurnaan projek ini.