Image
faq


faq


faq


faq


faq
faq
Image
header jkrns
faq


faq


faq


faq


faq
faq
LAWATAN DELEGASI KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA KE TAPAK PROJEK MARRIS, PD FOREST DAN MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA YAB MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN.
 
aIMG 8224
 
Pada 5 Februari 2024, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bersama-sama JKR Negeri Sembilan dan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kementerian Kewangan Malaysia yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar).
 
aIMG_8202.JPG
 
Turut menyertai lawatan adalah YB. Dato’ Haji Mohd Khidir Bin Majid, Pegawai Kewangan Negeri Sembilan, Tn. Hj. Hamidi Bin Abdul Halim, Pengarah Perhutanan Negeri Sembilan, Ir. Shahrul Nizam Bin Siajam, Jurutera Awam Penguasa Bahagian Jalan serta wakil-wakil daripada jabatan-jabatan dan agensi-agensi di Negeri Sembilan.
 
aIMG_8100.JPG
 
Lawatan ini bermula di Homestay Temuan, Bukit Kepong, Port Dickson dimana taklimat berkenaan inapan homestay serta infrastruktur dan kemudahan awam orang asli suku kaum Temuan yang telah disampaikan oleh Puan Faarezan Radzali.
 
aIMG_8148.JPG
 
Kemudian rombongan diteruskan ke Laluan N8 (Si Rusa - Air Kuning) bagi memantau kerja-kerja yang telah dilaksanakan di bawah peruntukan MARRIS. Rombongan disambut oleh Ir. Ts. Faizal Bin Mohd. Nordin, Jurutera Daerah Port Dickson dan warga kerja JKR Port Dickson.
 
aIMG_8425.JPG
 
Seterusnya delegasi berkunjung ke PD Forest, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan di Sg. Menyala Port Dickson bagi gimik penanaman pokok kundang, lawatan ke Dataran Astronomi dan makan tengahari.
 
aIMG_8704.JPG
 
Mengakhiri kunjungan hormat delegasi Kementerian Kewangan Malaysia, satu makan malam telah diadakan bersama YAB Hj. Aminuddin Bin Hj. Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, bersempena Mesyuarat Kementerian Kewangan Malaysia Bersama Kerajaan-Kerajaan Negeri.