Majlis Penyerahan Kerja-kerja Pembaikan Dan Penyelenggaraan Di Pusat Latihan Asas Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Nilai, Negeri Sembilan
Pada 20 Disember 2024 telah berlangsung Majlis Penyerahan Kerja-kerja Pembaikan Dan Penyelenggaraan Di Pusat Latihan Asas Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Nilai, Negeri Sembilan. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Indera Junipah binti Wandi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Professionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan YBhg. Ts. Marlinah binti Mohamad, mewakili Pengarah JKR Negeri Sembilan. Turut sama di dalam majlis tersebut YBhg. Datuk Saiful Ezral bin Arifin, Pengarah MACA, YBrs. En. Sukairi bin Samsudin, Pengarah Bahagian Kewangan, Akaun dan Pembangunan SPRM, Jurutera Daerah Seremban, Ketua Jurutera Elektrik Negeri, Ketua Jurutera Mekanikal Negeri, pegawai-pegawai SPRM dan JKR Negeri Sembilan.
Majlis tersebut turut merangkumi, sesi menandatangani dokumen penyerahan projek di antara YBhg. Datuk Saiful Ezral bin Ariffin, Pengarah MACA dan YBrs. Ir. Ainor Izman Maimun @ Mahmood, Jurutera Daerah Seremban.
Pusat Latihan Asas Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Nilai, Negeri Sembilan ini merupakan pusat latihan yang strategik untuk membina dan memperkasakan nilai-nilai integriti serta profesionalisme bagi pegawai SPRM. Projek telah berjaya disiapkan dan disempurnakan dalam tempoh lima (5) bulan meliputi kerja-kerja seperti berikut:
- Kerja-kerja Penyelenggaraan dan Pembaikan Bangunan Blok D
- Kerja-kerja Penyelenggaraan dan Pembaikan Bumbung Dewan
- Kerja-kerja Penyelenggaraan dan Pembaikan Jalan dan Padang Kawad
- Kerja-Kerja Pendawaian Semula Elektrik
- Kerja-Kerja Sistem ELV
- Kerja-kerja Penyelenggaraan dan Pembaikan Sistem Pencegahan Kebakaran
- Kerja-kerja Penyelenggaraan dan Pembaikan Sistem Penyaman Udara
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pelanggan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), HOPT Bahagian Bangunan JKR Negeri Sembilan, Pasukan JKR Daerah Seremban, Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Negeri Sembilan dan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR Negeri Sembilan serta barisan kontraktor yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy #JasaKepadaRakyat