

JKR ialah singkatan daripada Jabatan Kerja Raya. JKR Negeri Sembilan adalah sebuah jabatan negeri di bawah Jabatan Kerja Raya Malaysia yang mana merupakan salah satu agensi dalam Kementerian Kerja Raya Malaysia. Sebagai sebuah agensi pelaksana dan penasihat teknikal kepada kerajaan negeri dan persekutuan, JKR Negeri Sembilan bertanggungjawab dalam pembangunan prasarana kemudahan awam untuk kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan keseluruhannya. Untuk merealisasikan hasrat kerajaan yang mulia ini, JKR telah ditempatkan di setiap negeri dan daerah di samping dapat mengeratkan lagi hubungan kerajaan dengan rakyat.
JKR Negeri Sembilan memainkan peranan yang sangat besar dalam pembangunan negara termasuk merancang, merekabentuk dan membina projek infrastruktur prasarana kemudahan awam. JKR Negeri Sembilan menyediakan perkhidmatan perundingan teknikal, perkhidmatan pengurusan projek dan perkhidmatan pengurusan penyenggaraan yang mana menyokong kepada sektor pembinaan dan pembangunan negara khususnya kerja-kerja infrastruktur.
Sudah tentu boleh! Pegawai dan Kakitangan JKR khasnya JKR Negeri Sembilan adalah terdiri daripada kakitangan negeri dan persekutuan. Oleh itu anda boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia secara online bila ada tawaran yang dikeluarkan oleh kerajaan melalui akhbar-akhbar utama.
Alamat dan nombor telefon JKR Negeri Sembilan adalah seperti di bawah:
Ya, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKRNS ada membuat Penilaian kenderaan mengikut keadaan dan menilai harga semasa kenderaan tersebut . Penilaian kenderaan mengikut keperluan organisasi/individu seperti berikut:
1) Penilaian untuk pinjaman (pinjaman kerajaan sahaja dan kereta terpakai) JKR mekanikal akan mengeluarkan sijil.
2) Muflis (JKR akan mengeluarkan surat)
3) Kenderaan yang telah disita (JKR akan mengeluarkan surat)
Untuk Maklumat dan keterangan lanjut sila berhubung dengan Pegawai seperti dibawah:
Jurutera Mekanikal
06 - 6317401
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR NS