Perutusan Pengarah
Salam sejahtera dan Salam Bersih Muafakat Sejahtera
Selamat datang di ucapkan kepada pengunjung Laman Sesawang Rasmi JKR Negeri Sembilan.
Sebagai agensi teknikal dan pelaksana dalam projek-projek kerajaan, tanggungjawab dan peranan JKR amatlah besar, yang bukan semata-mata di dalam pelaksanaan projek bahkan memacu ekonomi dan merancakkan pembangunan negara. JKR juga menjadi rujukan kepada agensi-agensi kerajaan dalam membangunkan projek dan penyelenggaraan aset-aset bagi memastikan pembangunan yang dilaksanakan memenuhi spesifikasi kejuruteraan sebenar. Oleh itu ia adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan juga pengguna. Kami juga akan melaksanakan tugasan dengan penuh ikhlas, jujur, telus dan hardworking serta berintegriti.
Dengan wujudnya laman sesawang ini, semua pengguna boleh mendapatkan maklumat-maklumat dan informasi yang terkini dari masa ke semasa berkaitan JKR Negeri Sembilan.
Kami mengalu-alukan sebarang aduan, cadangan dan pandangan yang bernas untuk disalurkan kepada kami demi menambahbaik perkhidmatan yang diberikan bagi membolehkan JKRNS menjadi sebuah jabatan yang sentiasa unggul dan berdaya saing serta relevan.
Sekian, terima kasih.