Image
faq


faq


faq


faq


faq
faq
Image
header jkrns
faq


faq


faq


faq


faq
faq

 

01.jpeg

 

Pada 11 Mac 2024 [Isnin], telah berlangsungnya majlis penyerahan Pasar Baru Ampangan Dan Tempat Letak Kenderaan Bertingkat bagi menggantikan Pasar Lama di tapak sedia ada, Mukim Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Penyerahan projek siap dilaksanakan oleh Pengarah JKR N.Sembilan, Ir Wan Hasnan bin Wan Musa yang juga sebagai Pegawai Penguasa projek kepada YBhg. Dato’ Mohd Fadzil bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan selaku jabatan pelanggan. Majlis ini turut disaksikan oleh YBhg. Dato’ Masri bin Hj.Razali [Datuk Bandar MBS], YBhg. Dato’ Noor-Ehsan bin Haji Che Mat [Pengarah Pembangunan Negeri], Dr. Hannieta binti Mohamad Zainal [Wakil CKBA 2 JKR Malaysia], wakil kontraktor serta pegawai-pegawai daripada JKT dan JKR N.Sembilan.

 

02.jpeg

Bangunan empat(4) tingkat serba baharu yang dibina oleh AD Mutiara Sdn.Bhd. ini menempatkan beberapa petak niaga untuk pasar basah & kering di aras 1, tempat memakir kenderaan di aras 2&3 serta dewan serbaguna berhawa dingin di aras 4 yang sesuai dijadikan sebagai lokasi majlis keramaian.

 

03.jpeg

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan projek ini terutama Pasukan Projek Persekutuan JKR Negeri Sembilan. Semoga segala usaha Kerajaan dalam menyediakan infrastruktur awam yang terbaik untuk rakyat Negeri Sembilan ini mendapat keredhaan dari Allah SWT. In sha Allah.

04.jpeg