Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat Madani Kementerian Pengangkutan Malaysia - Kampung Orang Asli Ngoi-Ngoi, Seremban, Negeri Sembilan
Pada 30 November 2024 (Sabtu) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat Madani Kementerian Pengangkutan Malaysia - Kampung Orang Asli Ngoi-Ngoi, Seremban, Negeri Sembilan yang diadakan di Kampung Orang Asli Ngoi-Ngoi, Seremban, Negeri Sembilan.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia. Turut hadir bagi menyaksikan majlis ini adalah YBhg. Dato' Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, YB Datuk Haji Mohd Asna bin Amin, Adun Lenggeng, YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, YBrs. Puan Shahrani binti Idderis, Pengarah JAKOA Negeri Sembilan & Melaka, Tok Batin Kg. Ngoi Ngoi serta pegawai-pegawai Kanan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sembilan.
Majlis tersebut dialu-alukan dengan tarian sewang oleh penduduk kampung orang asli dan diserikan dengan aktiviti-aktiviti seperti permainan takraw penduduk setempat bersama wakil agensi, gotong royong mengecat rumah penduduk, sesi penyampaian hadiah sukaneka dan sumbangan bakul makanan. Turut merangkumi adalah acara tandatangan plak oleh Yang Berhormat Loke Siew Fook sebagai simbolik perasmian.
Program Kampung Angkat Madani telah diperkenalkan melalui Belanjawan 2024. Kerajaan telah memperkenalkan Program Kampung Angkat MADANI bertujuan merancakkan lagi aktiviti ekonomi dan pembangunan kemudahan infrastruktur di peringkat komuniti penduduk kampung. Antara kerja baik pulih dan pembangunan infrastruktur di Kampung Orang Asli Ngoi-Ngoi yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
- Kerja-Kerja Baikpulih dan Naik Taraf Jalan serta Perparitan
- Kerja-Kerja Pembaikan dan Penyenggaraan Balairaya
- Kerja Meroboh dan Bina Baru Gelanggang Takraw Serta Penebangan Pokok
- Membina Pintu Gerbang, Papan Tanda Masuk Kampung dan Kerja Bina Baharu Wakaf
- Kerja Baikpulih Bumbung dan Rumah
- Kerja-Kerja Baik Pulih Cerun Runtuh, Membaiki Tebing Sungai dan Melebarkan Jalan
Projek telah berjaya disiapkan dan disempurnakan dalam tempoh tiga (3) bulan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan pelaksanaan projek ini iaitu Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Pejabat Daerah dan Tanah Seremban serta JKR Negeri Sembilan khususnya kepada Ir. Wan Hasnan bin Wan Musa, Pengarah JKR Negeri Sembilan, Jurutera Daerah Seremban sebagai Pegawai Penguasa, pihak HOPT sebagai penyelarasan pelaksanaan projek dan pihak HODT Ketua Jurutera Elektrik Negeri Sembilan yang telah banyak memberikan komitmen serta kerjasama yang padu sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini.
Kegigihan dan kesungguhan pasukan projek serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung seharusnya diberi pujian atas kecemerlangan dan kejayaan perlaksanaan projek ini. Sekalung tahniah diucapkan atas kejayaan menyiapkan projek Program Kampung Angkat Madani Menteri Pengangkutan pada tahun 2024 ini.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy #JasaKepadaRakyat