Image
faq


faq


faq


faq


faq
faq
Image
header jkrns
faq


faq


faq


faq


faq
faq

                                                                     masjid_kepayang.jpg

Pada 10 Februari 2025 telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Masjid Taman Bukit Kepayang, Seremban yang telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Hj. Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Dokumen penyerahan projek telah ditandatangani oleh Jurutera Daerah, JKR Daerah Seremban selaku Pegawai Penguasa Projek dan YBhg. Dato' Noor-Ihsan bin Hj. Che Mat, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan selaku pihak pelanggan.

Turut hadir di majlis tersebut adalah YB. Dato' Mohd. Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB. Prof. Madya Dr. Fauzinaim bin Hj. Badaruddin, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, YB. Puan Nicole Tan Lee Koon, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan, YBhg. Dato' Masri bin Hj. Razali, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Seremban, Tuan Mohd Asri bin Abdullah, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, YBhg. Dato' Ir. Wan Hasnan bin Wan Musa, Pengarah JKR Negeri Sembilan, Tuan Zainal bin Said, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, warga JKR Negeri Sembilan dan penduduk-penduduk Taman Bukit Kepayang.

Projek Masjid Al-Ikhlas Taman Bukit Kepayang ini merupakan projek dibawah peruntukan kerajaan pusat melalui Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan. Ia melibatkan kawasan seluas 3.32 ekar. Komponen pembangunan yang terlibat adalah masjid yang kapasiti seramai 360 jemaah pada satu-satu masa ini juga mengandungi beberapa ruang lain seperti bilik imam, bilik azan, tempat wuduk, tandas, bilik pengurusan jenazah serta utiliti yang lain bagi melengkapkan kemudahan asas. Rekabentuk kemudahan disini juga telah mengambil kira orang kurang upaya (OKU).

Dengan terbinanya masjid ini ia akan memberikan manfaat yang besar bagi penduduk Taman Bukit Kepayang serta sekitarnya. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung di atas usaha gigih yang ditunjukkan dalam proses penyiapan projek ini.

                                                                        masjid_keoayang_2.jpg