Image
faq


faq


faq


faq


faq
faq
Image
header jkrns
faq


faq


faq


faq


faq
faq

                                                                             PENYERAHAN_SK_DATO_KELANA_PUTRA.png

Pada 13 Februari 2025 telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Sekolah Kebangsaan Dato' Klana Putra, Seremban yang telah disempurnakan oleh YB. Dato' Hj. Ismail bin Lasim, EXCO Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Modal Insan, Negeri Sembilan.

Dokumen penyerahan projek telah ditandatangani oleh Jurutera Daerah, JKR Daerah Seremban selaku Pegawai Penguasa Projek dan YBrs. Tuan Putra bin Hashim, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Negeri Sembilan selaku pihak pelanggan.

Turut hadir di majlis tersebut adalah YBrs. Tuan Hj. Azman bin Hj. Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato' Ir. Wan Hasnan bin Wan Musa, Pengarah JKR N.Sembilan, YBrs. Tuan Norazam bin Nayan, Pegawai Pendidikan Daerah Seremban, YBrs. Tuan Abu Bakri bin Mr Duloh, Guru Besar SK Dato' Klana Putra, warga JKR Negeri Sembilan dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Dato' Klana Putra.

Skop kerja pembinaan yang telah diserahkan terdiri daripada dua bahagian iaitu bangunan sekolah setinggi empat Tingkat yang meliputi bilik darjah,bilik darjah (PPKI), bilik mesyuarat, bilik guru dan pentadbiran,bilik rbt,bilik sains dan surau. Bahagian sokongan pula terdiri daripada bangunan Prasekolah, dewan terbuka, rumah pam dan compact sub.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung di atas usaha gigih yang ditunjukkan dalam proses penyiapan projek ini.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy #JasaKepadaRakyat

PENYERAHAN.png             SK_KLANA_PUTRA.png