

Pada 4 Februari 2025 telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Gudang Halal Eksibit Halal di Enstek, Seremban. Majlis tersebut merangkumi penyerahan Dokumen Projek daripada Pegawai Penguasa oleh Jurutera Daerah, JKR Daerah Seremban selaku Pegawai Penguasa Projek kepada Y.Bhg. Dato' Zamani Ahmad bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), JAKIM selaku pihak pelanggan.
Turut hadir bersama di majlis tersebut adalah YBhg. Dato' Ir. Wan Hasnan bin Wan Musa, Pengarah JKR Negeri Sembilan, Puan Nur Azlina binti Mohamad Yazid, Pengarah Bahagian Kewangan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Encik Mohammad Khalil bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ir. Dr. Wong Ching Ching, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan warga JKR Negeri Sembilan.
Kos projek berjumlah kira-kira RM6.05 juta, ini telah berjaya disiapkan pada 20 Disember 2024. Komponen projek yang telah diserahkan terdiri daripada:
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung di atas usaha gigih yang ditunjukkan dalam proses penyiapan projek ini.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy #JasaKepadaRakyat