Image
faq


faq


faq


faq


faq
faq
Image
header jkrns
faq


faq


faq


faq


faq
faq
PERHIMPUNAN WARGA KERJA JKR NEGERI SEMBILAN DAN HARI BERTEMU PELANGGAN TAHUN 2024
 
aIMG_9033-min.JPG
 
Pada 07 Februari 2024, satu majlis Perhimpunan Warga Kerja Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan (JKRNS) Tahun 2024 dan Hari Bertemu Pelanggan telah diadakan di Wisma Negeri, Seremban, Negeri Sembilan yang dirasmikan oleh Tuan Pengarah, Ir. Wan Hasnan Bin Wan Musa.
 
aIMG_8767.JPG
 
Perhimpunan dimulakan dengan sesi ceramah daripada En. Ahmad Azam Bin Hj. Hassan, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan berkenaan Pengurusan Stress dan Kesihatan Mental.
 
aIMG_8819.JPG
 
Perhimpunan diteruskan dengan Ikrar Angkat Sumpah Anti Rasuah yang diketuai oleh En. Khairull Azman Bin Saleh, Jurutera Awam, Bahagian Bangunan dan disaksikan oleh PsK. Huzaimi Bin Hashim, Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
 
aIMG_8865.JPG
 
Tuan Pengarah memulakan perhimpunan dengan ucapan penghargaan terhadap segala usaha warga JKRNS sepanjang tahun 2023. Beliau turut menegaskan supaya warga kerja JKRNS membudayakan amalan baik dalam menyempurnakan satu-satu projek yang diamanahkan dengan cemerlang.
 
aIMG_8917.JPG
 
Perhimpunan tahun ini turut menggabungkan majlis pelancaran dan penghargaan kepada warga kerja JKRNS seperti berikut:
i. Penyampaian Sijil Penghargaan Kumpulan-Kumpulan KIK
ii. Penyampaian Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik Tahun 2023
iii. Penyampaian Anugerah Tokoh Pekerja Tahun 2023
iv. Pelancaran Laman Sesawang Baharu JKRNS
a.IMG_9080.JPG
 
 
Selesai majlis, tuan pengarah meluangkan masa untuk melawat reruai-reruai yang disediakan seperti kaunter zakat dan kaunter kaunseling (MAINS), kaunter CIDB bersama-sama Akademi Binaan Malaysia (ABM), kaunter pemeriksaan kesihatan (PKD Seremban) disamping kaunter Bertemu Pelanggan JKRNS.